PPKI
Program Pendidikan Khas IntegrasiMURID PPKI
GURU PPKI
PEMBANTU PPKI
KELAS PPKI
Kategori PPKI SMKTKU
Sindrom Down
Autisme Ringan
Perkembangan Lambat
Terencat Akai
Hiperaktif (Ringan)
Hypoaktif (Ringan)
Masalah Tingkahlaku (Ringan)
Masalah Emosi (Ringan)
Cerebral Palsy (Ringan)
Attention Deficit Hyperaktif Disorder
Lain-Lain Masalah Pembelajaran
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas Berkualiti Insan Istimewa Terdidik Negara Sejahtera
MISI PENDIDIKAN KHAS
MOTO PPKI SMKTKU
WE CARE WE SHARE
LATAR BELAKANG PPKI SMKTKU
Program Pendidikan Khas Integrasi SMKTKU telah ditubuhkan pada 1 Januari 1998 atas inisiatif Puan Tang Suk Peng setelah menerima arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan juga permintaan penduduk setempat. Pada awal penubuhannya hanya terdapat 1 kelas sahaja yang menempatkan 5 orang murid dan dua orang guru. Lokasi bilik kelas PPKI adalah di tingkat bawah blok B. Murid PPKI SMKTKU mempunyai kelainan upaya yang pelbagai yang terdiri daripada Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder( ADHD ) dan Disleksia dan lain – lain.
Bermula tahun 2008, jawatan Pembantu Pengurusan Murid mula diperkenalkan dan PPKI SMKTKU menerima empat orang PPM yang bertugas membantu guru – guru dalam pengurusan murid. Tahun demi tahun, bilangan penempatan murid PPKI ke SMKTKU semakin bertambah. Pada tahun 2021, bilangan murid PPKI mencecah lapan puluh enam orang dengan dua belas kelas, seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas, tujuh belas orang guru dan enam orang PPM.
PPKI SMKTKU telah dinaik taraf insfratrukturnya pada tahun 2016 dengan penambahan dua bilik kelas, satu bilik masakan dan satu dewan mini. Setahun selepas itu, mata pelajaran vokasional Pembuatan Roti kumpulan satu mula diwujudkan dengan bilangan murid seramai sembilan orang. Pada tahun berikutnya, mata pelajaran vokasional Asas Tanaman pula diperkenalkan yang menempatkan seramai tujuh orang murid. Sehingga kini, terdapat dua kumpulan bagi kelas Pembuatan Roti dan dua kumpulan kelas Asas Tanaman.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Program Pendidikan Khas Integrasi ialah satu program pendidikan khas yang khusus untuk MBK yang belajar di dalam kelas pendidikan khas secara integrasi di sekolah kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan (Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013).
Tujuan PPKI:
- Semua murid berkeperluan pendidikan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai
- Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
- Semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
- Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
- MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.
(Bahagian Pendidikan Khas, KPM)
BERITA PPKI
Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Dan Matematik
Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Dan Matematik
Gotong Royong Pembukaan Sekolah
Lawatan Penanda Aras Ke SMK Ppki Bukit Rahman Putra
Lawatan Penanda Aras Ke Smk Ppki Bukit Rahman Putra
Mesyuarat Agong Badan Kebajikan
Mesyuarat Agong Badan Kebajikan
Pemulangan Modul Dan Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan
Pemulangan Modul Dan Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan
Program Pandu Lalu (Penyerahan Modul)
Program penyerahan modul kepada murid-murid PPKI secara pandu lalu untuk memudahkan proses pembelajaran di rumah dengan membekalkan bahan-bahan cetak untuk kemudahan pembelajaran murid di rumah
Graduasi Murid-Murid PPKI
Tahniah kepada semua murid-murid PPKI SMK Taman Klang Utama kerana berjaya graduasi pada tahun ini.
Aktiviti Ko-Kurikulum PPKI
Berikut adalah aktiviti murid-murid PPKI semasa program Ko-Kurikulum secara maya oleh PPKI kami di SMK Taman Klang Utama
PDPR 2021 bersama-sama Murid PPKI SMKTKU
Walaupun tidak dapat bersemuka program PDPR bersama-sama murid PPKI SMK Taman Klang Utama tetap diutamakan seperti kelas biasa.
Program Back to School PPKI
Pada awal tahun ini satu program bersama-sama PPKI SMK Taman Klang Utama