PPKI
Program Pendidikan Khas IntegrasiMURID PPKI
GURU PPKI
PEMBANTU PPKI
KELAS PPKI
Kategori PPKI SMKTKU
Sindrom Down
Autisme Ringan
Perkembangan Lambat
Terencat Akai
Hiperaktif (Ringan)
Hypoaktif (Ringan)
Masalah Tingkahlaku (Ringan)
Masalah Emosi (Ringan)
Cerebral Palsy (Ringan)
Attention Deficit Hyperaktif Disorder
Lain-Lain Masalah Pembelajaran
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas Berkualiti Insan Istimewa Terdidik Negara Sejahtera
MISI PENDIDIKAN KHAS
MOTO PPKI SMKTKU
WE CARE WE SHARE
LATAR BELAKANG PPKI SMKTKU
Program Pendidikan Khas Integrasi SMKTKU telah ditubuhkan pada 1 Januari 1998 atas inisiatif Puan Tang Suk Peng setelah menerima arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan juga permintaan penduduk setempat. Pada awal penubuhannya hanya terdapat 1 kelas sahaja yang menempatkan 5 orang murid dan dua orang guru. Lokasi bilik kelas PPKI adalah di tingkat bawah blok B. Murid PPKI SMKTKU mempunyai kelainan upaya yang pelbagai yang terdiri daripada Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder( ADHD ) dan Disleksia dan lain – lain.
Bermula tahun 2008, jawatan Pembantu Pengurusan Murid mula diperkenalkan dan PPKI SMKTKU menerima empat orang PPM yang bertugas membantu guru – guru dalam pengurusan murid. Tahun demi tahun, bilangan penempatan murid PPKI ke SMKTKU semakin bertambah. Pada tahun 2021, bilangan murid PPKI mencecah lapan puluh enam orang dengan dua belas kelas, seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas, tujuh belas orang guru dan enam orang PPM.
PPKI SMKTKU telah dinaik taraf insfratrukturnya pada tahun 2016 dengan penambahan dua bilik kelas, satu bilik masakan dan satu dewan mini. Setahun selepas itu, mata pelajaran vokasional Pembuatan Roti kumpulan satu mula diwujudkan dengan bilangan murid seramai sembilan orang. Pada tahun berikutnya, mata pelajaran vokasional Asas Tanaman pula diperkenalkan yang menempatkan seramai tujuh orang murid. Sehingga kini, terdapat dua kumpulan bagi kelas Pembuatan Roti dan dua kumpulan kelas Asas Tanaman.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Program Pendidikan Khas Integrasi ialah satu program pendidikan khas yang khusus untuk MBK yang belajar di dalam kelas pendidikan khas secara integrasi di sekolah kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan (Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013).
Tujuan PPKI:
- Semua murid berkeperluan pendidikan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai
- Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
- Semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
- Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
- MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.
(Bahagian Pendidikan Khas, KPM)
BERITA PPKI
AKTIVITI SAMBUTAN HARI JADI
Isnin (25 April 2022) - Program Guru Penyayang : Aktiviti Sambutan Hari Jadi Murid. Aktiviti yang dijalankan pada hari ini merupakan salah satu aktiviti amalan guru penyayang. Program ini dilaksakanan selepas waktu perhimpunan bersama guru kelas masing-masing. Diharap...
SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1443H/2022M PERINGKAT SEKOLAH
19 April 2022, sambutan Nuzul Al-Quran peringkat sekolah telah diadakan secara atas talian dengan tema 'Al-Quran Dibaca, Difahami dan Dihayati'. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam, ADNI Islam & Jawatankuasa Surau Al-Falah SMKTKU ini telah disempurnakan oleh...
SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS DARI HONG LEONG BANK,PPKI
13.4.2022, murid-murid PPKI telah menerima sumbangan dari pihak Hong Leong Bank iaitu barangan keperluan asas. Pihak sekolah dan pihak pentakbir PPKI sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Hong Leong Bank atas sumbangan yang telah diberikan.
MAJLIS GRADUASI DAN KERAIAN PPKI SESI 2021
Pada 23 Mac 2022. Pihak SMKTU, Pentabdiran PPKI telah mengadakan Majlis Graduasi Pelajar PPKI Sesi 2021 bertempat di Zuljannah Palace, Lot 563, Jalan Dato Mod Sidin, Klang, Selangor. Majlis berlangsung dengan jayanya.
Kejayaan Murid PPKI di Peringkat Antarabangsa
Muhammad Adli Syukri Bin Asnawi telah terpilih mewakili Malaysia Dalam acara GLOBAL CHALLENGE (GITC 2021) FOR YOUTH WITH DISABILITIES PRELIMINARY ROUND yang telah diadakan Pada 17 Jun 2021. Muhammad Adli telah terpilih untuk 2 kategori iaitu kategori individu etools...
Kejayaan e-Mahabah PPKI SMK Taman Klang Utama
Chng Jin Seng dari kelas 4KA Pendidikan Khas Integrasi SMK Taman Klang Utama telah menjadi Juara Acara e-Deklamasi Sajak Kategori BP Sekolah Menengah Pertandingan e-Mahabbah Pendidikan Khas Selangor 2021 dan akan mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan yang akan...
Pertandingan E-Deklamasi Sajak Peringkat Kebangsaan
Penyerahan Bakul Makanan Untuk Murid Berkeperluan Khas Dari KLK Oleo
PERTANDINGAN GLOBAL IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES
Sumbangan Kasih Aidilfitri
Sumbangan Kasih Aidilfitri
Program Jom Baca 10 Minit
Program Jom Baca 10 Minit bersama-sama pelajar PPKI SMK Taman Klang Utama
Sambutan Hari Jadi
Sambutan Hari Jadi