Objektif Program: Menghargai murid yang mempunyai kehadiran penuh dan kelas yang tertinggi peratus kehadiran ke sekolah untuk tahun 2022/2023. Penyampaian Sijil Kehadiran Penuh Murid diperkenalkan untuk memberikan ganjaran kepada murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah pada tahun semasa. Ia dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk ke sekolah dan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah secara individu. Jika setiap murid seronok ke sekolah dan berusaha ke sekolah setiap hari sewaktu hari persekolahan, maka ia dapat menyumbangkan peratus kehadiran sekolah yang tinggi.
Penyampaian Sijil Penghargaan Kehadiran Penuh Bagi Setiap bulan Tahun 2022/2023
by Webmaster | Feb 22, 2023 | Berita Pelajar, Berita Sekolah, Berita Utama | 0 comments
Recent Comments