8 Oktober 2022 (Sabtu)

Sebagai seorang yang terpilih menjadi pemimpin muda sekolah dan jawatankuasa tertinggi unit kokurikulum dan sukan, seseorang murid itu perlu sedar bahawa mereka  memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, mereka tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid-murid yang dilantik akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

Objektif
1. Meningkatkan minat untuk menjadi pemimpin yang dapat dijadikan role model oleh orang lain.
2. Mendedahkan ilmu tentang peranan pemimpin dengan lebih mendalam di peringkat organisasi 
sekolah.
3. Membina individu yang berkeyakinan dan lebih berani untuk berkomunikasi dan memimpin.